> Follow ¦Dashboard <
Chocolate.



Superferb Story Your's


Semua orang melaluinya...
Sunday, July 22, 2012 | 10:57 PM | 0 chocolate
Dengan lafaz Bismillah.... Assalamualaikum w.b.t..


Semalam,Alhamdulilah dapat terawih dengan family. Lepas ibu masak,makan sampai sakit perut. Hihi. Lepastu solat maghrib, then terus pergi Masjid. SubahanaAllah. Sesungguhnya orang yang hidup itu pasti akan temui mati. Semoga engkau tempat kan aku di tempat orang yang beriman Ya Allah. Amin.


Actually,semalam. Buat pertama kali Ika buat solat jenazah. Allahu akbar. Mengigil macam Ika pula yang nak mati lepastu. Mengigil sehabis-habisnya. Takut kalau solat jenazah,Ika ter-rukuk ke tersujud ke. Hihi. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan sempurna. Tapi, bertuah sangat orang tu. Mati senang. Kebumikan senang. Meninggal bulan puasa. Terlepas azab kubur. Semoga dia di tempatkan dengan golongan yang beriman.


Kalau boleh,Ika nak mati bulan puasa,hari Jumaat. Dengan penuh iman didada untuk bertemu Allah. Lepastu kalau boleh,Ika nak mati dulu sebelum Ayah,Ibu,Kakak,Adik. Kan best. Hihi. Sekurang-kurangnya Ika tahu,ada orang yang boleh uruskan jenazah Ika dengan sempurna. Ada orang yang boleh mandikan Ika. Solat kan Ika. Kebumikan Ika. Kita kena ingat,belum tentu esok hari,hari yang akan kita hadapi seperti biasa. Mungkin harini,Ibu kejutkan kita suruh mandi. Mungkin sebelum ni,Ibu selalu ingatkan kita pergi solat. Mungkin selalunya,kita yang sarung baju kita sendiri. Tapi belum tentu esok kita boleh buat benda yang selalu kita buat. Mungkin esok,kita bangun dengan penuh orang yang sedang solatkan kita,orang yang telah memandikan dan mengkafan kan kita. SubanaAllah.


Kalau suatu hari Allah makbulkan doa Ika. Meninggal dulu sebelum orang yang Ika sayang pergi. Kalau Ika tak sempat nak datang minta maaf,halalkan makan minum. Harap semuanya boleh maafkan dan halalkan makan minum Ika eah? Terakhir,doa Ibu Ayah Kakak Adik segalanya bagi Ika. Hihi.


'Ya Allah semoga engkau tempatkan kami di kalangan hamba-hambamu yang soleh dan solehah' Amin.




Sincerly,
Kikaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

OLDER POST | NEWER POST